Social Icons

Nak banyakkan susu badan? Antara tips-tips mudah untuk dilakukan..

Nak banyakkan susu badan?

Ramai yang mengharapkan dalam masa beberapa hari penghasilan susu akan kembali pulih atau susu ibu terusbanyak seperti yang dilihat dalam testimoni ibu-ibu yang lain. Tetapi kebanyakannya tidak menyedari bahawa punca utama kegagalan dalam usaha untuk membanyakkan susu ibu adalah sikap ibu yang gagal untuk fokus kepada sesi perahan.

Ramai yang memberi alasan sibuk di pejabat hingga tidak dapat memerah susu mengikut jadual perahan masing-masing. Tetapi jika ibu berazam memberikan susu ibu seppenuhnya kepada anak sesi pam umpama solat. Jika ibu wajib solat 5 waktu begitu jugalah wajib pam susu.

Antara tips-tips mudah untuk banyakkan susu badan bagi ibu yang berkerjaya:

Tahukah apa itu POWER PUMPING

Power pumping adalah sesi perahan intensif selama 1 jam. Waktu terbaik untuk melakukannya adalah antara tengah malam sehingga awal pagi kerana ketika ini hormon prolaktin (hormon susu) tinggi dan ibu tidak stress jadi mudah hormon oxytoksin keluar. Sangat bagus dilakukan ketika bayi sedang tidur..

Bagaimana hendak melakukan POWER PUMPING?

Single pump: Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri 10 minit. Lakukan berulang kali sehingga 1 jam. Jadi setiap payudara akan mendapat 3x 10 minit setiap perahan( bersamaan 30 minit setiap payudara)
Double pump: Pam kedua-dua payudaraa serentak selama 10 minit dan rehat selama 10 minit, di ulang selama 1 jam. Jadi kedua-dua payudara mendapat 3x 10 minit setiap perahan (bersamaan 30 minit  setiap payudara.

Bagaimana menyimpan hasil perahan?

Hasil perahan 3 sesi boleh dicampur di dalam 1 bekas untuk disimpan dengan syarat semuanya mempunyai suhu yang sama. Susu perlu disejukkan dalam peti sejuk bawah terlebih dahulu selama 1 jam untuk memastikan ianya mempunyai suhu yang sama dan sekata. Kemudian barulah boleh dicampurkan kesemua susu perahan tadi ke dalam 1 bekas untuk disimpan dibahagian atas peti sejuk.

Berapa lama POWER PUMPING dilakukan?

Ibu-ibu harus ingat bahawa hasil perahan tidak sama. Malah jika penghasilan susu sedang merundum kemungkinan 1-2 hari pertama, hasil perahan tidak seperti yang diharapkan. Tetapi ibu harus bersabar dan harus terus melakukan sesi POWER PUMPING ini 1-2 minggu berterusan untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Dah buat POWER PUMPING tetapi susu masih tidak banyak?

Tidak dinafikan ada ibu-ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu yang memberangsangkan. Ia berpunca dari beberapa faktor, antaranya:
- pemakanan yang tidak seimbang
- pengambilan air yang tidak mencukupi (ibu menyusu disarankan minum air masak sebanyak 3 liter sehari)
ibu kurang sihat
- badan ibu letih hinggakan waktu mengepam pun tak semangat
- perasaan ibu tidak tenang hingga sewaktu mengepam bercelaru dan berfikir negatif

 Ibu-ibu yang mengalami masalah ini dan sudah melakukan POWER PUMPING selama 7 hari berturut-turut tetapi masih belum dapat membanyakkan susu badan cubalah mengamalkan set penyusuan Shaklee. Terdapat beberapa set penyusuan mengikut bajet  ibu-ibu..


Sedikit pesanan,  ada hari susu banyak dan ada hari susu merundum. Setiap hari penghasilan susu tidak sama, kalau masa susu merundum janganlah panik atau stress. Pam seperti biasa dan buat POWER PUMPING. Minum air masak 2-3 liter sehari. Jika ibu sedang stress susu pun taknak keluar. Ikutlah nasihat saya ini Inshaallah anda akan berjaya dalam usaha untuk banyakkan susu badan demi anak yang di sayangi..

Bagi ibu yang sedang mengamalkan set penyusuan ini tetapi belum merasai kesannya lagi jangan cepat putus asa ye, ada ibu 1-2 hari dah nampak kesannya dan ada ibu 1-2 minggu malah ada yang sebulan mengamalkan baru nampak kesan.. Yang penting mesti rajin pam susu ok..

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya dan saya pasti akan membantu. Jika ibu dalam bajet pun jangan risau, beritahu bajet anda.. Saya akan cuba bantu..

Shaklee Indipendent Distributor (912876) Ipoh, Perak
Siti Noor Amisah
Facebook: Nora Nooramisah
Fanpage: Dunia ibu dan anak
sms/ call/ whatsapp/ we chat: 016-5248918

                                           SHARING IS CARING...........





Berilah susu ibu sehingga 2 tahun


Berilah susu ibu sehingga 2 tahun

Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya. 

Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Bakarah : ayat 233)

Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi, tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi berumur satu tahun ke bawah, diikuti dengan susu formula berasakan susu lembu dan diikuti oleh susu soya.

Academi Pediatrik Amerika juga manasihatkan agar bayi diberikan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga berumur enam bulan, dan diberikan susu ibu bersama dengan makanan pejal yang lembut secara berperingkat-peringkat sehingga berumur setahun.

Adalah lebih baik jika bayi dapat disusukan sehingga berumur 2 tahun. Sayangnya ramai ibubapa yang masih memilih susu formula kerana pelbagai alasan.

Kajian di Amerika pada tahun 2008, mendapati seramai dua pertiga dari bayi di Amerika diberikan susu ibu sehingga berumur enam bulan, kemudian seramai tiga perempat dari mereka menukarkan kepada susu formula setelah mencapai umur enam bulan.

Sementara satu perlima dari bayi di Amerika diberikan susu formula yang berasakan soya.

Oleh kerana susu formula tidak dapat menyamaikan kebaikan nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu, hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilkan susu formula yang dikatakan lebih bermanfaat untuk menandingi susu ibu.

Sebagai contoh pengeluar susu formula menambahkan lemak asid (fatty acids) docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) untuk menyamai kandungan nutrisi susu ibu bagi meningkatkan perkembangan minda bayi.

Tetapi kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu.

Dr. Ahmad Qawasmi telah menggabungkan 12 kajian yang diperolehi dari Yale University, Connecticut Amerika Syarikat dan Al-Quds University di Jerusalem, Palestine untuk membandingkan bayi yang disusukan dengan susu formula tanpa penambahan asid lemak dengan bayi yang disusukan dengan susu formula dengan penambahan asid lemak. Kajian ini melibat seramai 1800 bayi dan dilakukan sepanjang tahun 1998-2005.

Dalam kajian ini bayi-bayi ini mula disusukan dengan susu formula semenjak umur satu bulan dan penilaian dilakukan apabila mereka mencapai umur setahun untuk menguji perkembangan bahasa, minda dan kemahiran motor.

Mereka mendapati susu formula berasaskan soya dan susu lembu ditambahkan dengan DHA dan AA, tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Dalam kajian itu menunjukkan tiada perbezaan antara perkembangan minda seperti bahasa dan kebolehan berfikir.

Ini tidak bermakna bahawa asid lemak yang dibekalkan tidak mempunyai faedah, tetapi faedah yang diperolehi tidak menyamai bayi yang diberikan susu ibu. Lemak asid yang ditambah mungkin memberikan kebaikan kepada perkembangan penglihatan (mata) dan daya tahan melawan penyakit.

Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:

1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.

2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.

3.Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.


Sumber: Persatuan Anak-Anak Comel

TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE



 
 

 

Untuk Ibu Hamil

Tahniah!! pada yang sedang hamil, tak kiralah anak pertama atau seterusnya.. Pasti amat teruja, ingin mencipta memori yang sangat indah dan inginkan kesihatan yang baik untuk diri dan anak didalam kandungan.. Pengambilan supplement SHAKLEE dapat membantu anda..
 
Vitamin Shaklee adalah semulajadi tanpa pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Dan ia tidak memerlukan silica gel untuk memelihara keasliannya. Kebanyakkan vitamin/ supplement lain mengandungi silica gel, pewarna, perisa dan pengawet tambahan
 
 
 
ESP membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protein meningkat ketika wanita sedang mengandung kerana protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.

Vita-Lea adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil.

OsteMatrix untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya, maka wanita mengandung perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan untuk ibu itu sendiri. OsteMatrix juga boleh mencegah masalah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu mengandung.

B-Complex dilengkapi dengan asid folik dan lapan vit B beserta Folic Acidyang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.

Vitamin C untuk menguatkan sistem imun badan.

Omega Guard adalah pengganti untuk supplement NeuroGain. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supplemen ini perlu diambil mulai trimester kedua dan ketiga.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-

SID Ipoh, Perak (912876)
Facebook: Nora Nooramisah
Fanpage: Dunia Ibu Dan Anak
sms/ call/ whatsapp: 016-5248918

 

Hari ini nak bercerita bagaimana bermulanya proses persenyawaan bermula antara sperma dan ovum antara lelaki dan perempuan hingga terbentuknya fetus..

Ramai wanita, ketika mahu hamil, bertindak untuk tidak mengambil minuman keras, tidak merokok atau mengambil sebarang ubat - termasuk ubat yang dijual tanpa preskripsi - agar badan mereka berada dalam keadaan yang paling sihat untuk menghasilkan bayi. 

Walaupun agak aneh, doktor anda akan mengira tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi anda) dengan menghitung balik ke hari pertama haid terakhir. Oleh sebab sukar untuk mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi  dan juga bila sperma mensenyawakan telur, pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara 'rasmi' minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya. 


Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus anda untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat badan membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma berjaya bertemu telur. 

Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur. 

Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku. 

Setelah hamil, anda mula meragui pelbagai perkara: makanan apakah yang selamat, adakah mandi berendam air panas okeyadakah telefon bimbit selamat digunakanadakah durian selamat untuk dimakan? 

Shaklee Indipendent Distributor (91286),
Nora, Ipoh Perak..











Kerana Dia...

Kerana dia lah saya mengenali Shaklee.. Nekad untuk menyusukan dia sepenuhnya walaupun bekerja dan dalam masa yamg sama menyambung pelajaran dalam bidang Pediatric membuatkan saya tercari-cari supplement apa untuk membanyakkan susu badan. Akhirnya bertemu dengan Shaklee...
★ ★ SET INI LAH YANG SAYA AMBIL PERTAMA KALI, pada mulanya ambil setakat untuk mencuba tetapi memberi kesan yang tak terkata pada saya dan anak...


 Produk ni sangat sangat sangat bagus kerana membuatkan susu badan saya kembali seperti dalam pantang walaupun ketika itu umur anak saya sudah 6 bulan... Rasa sangat puas dapat menyusukan anak hampir 1 tahun setengah, bagi saya ianya sangat lama kerana saya gagal menyusukan anak pertama saya....

 Terima kasih Ya Allah 
 Terima ksaih Shaklee

Untuk pertanyaan
Sms/call/whatsapp/ we chat 016-5248918

Setiap pembelian akan mendapat konsultasi percuma dari saya...


Kerana Dia.....