Nak banyakkan susu badan?
Ramai yang mengharapkan dalam masa beberapa hari penghasilan susu akan kembali pulih atau susu ibu terusbanyak seperti yang dilihat dalam testimoni ibu-ibu yang lain. Tetapi kebanyakannya tidak menyedari bahawa punca utama kegagalan dalam usaha untuk membanyakkan susu ibu adalah sikap ibu yang gagal untuk fokus kepada sesi perahan.
Ramai yang memberi alasan sibuk di pejabat hingga tidak dapat memerah susu mengikut jadual perahan masing-masing. Tetapi jika ibu berazam memberikan susu ibu seppenuhnya kepada anak sesi pam umpama solat. Jika ibu wajib solat 5 waktu begitu jugalah wajib pam susu.
Antara tips-tips mudah untuk banyakkan susu badan bagi ibu yang berkerjaya:
Tahukah apa itu POWER PUMPING
Power pumping adalah sesi perahan intensif selama 1 jam. Waktu terbaik untuk melakukannya adalah antara tengah malam sehingga awal pagi kerana ketika ini hormon prolaktin (hormon susu) tinggi dan ibu tidak stress jadi mudah hormon oxytoksin keluar. Sangat bagus dilakukan ketika bayi sedang tidur..
Bagaimana hendak melakukan POWER PUMPING?
Single pump: Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri 10 minit. Lakukan berulang kali sehingga 1 jam. Jadi setiap payudara akan mendapat 3x 10 minit setiap perahan( bersamaan 30 minit setiap payudara)
Double pump: Pam kedua-dua payudaraa serentak selama 10 minit dan rehat selama 10 minit, di ulang selama 1 jam. Jadi kedua-dua payudara mendapat 3x 10 minit setiap perahan (bersamaan 30 minit setiap payudara.
Bagaimana menyimpan hasil perahan?
Hasil perahan 3 sesi boleh dicampur di dalam 1 bekas untuk disimpan dengan syarat semuanya mempunyai suhu yang sama. Susu perlu disejukkan dalam peti sejuk bawah terlebih dahulu selama 1 jam untuk memastikan ianya mempunyai suhu yang sama dan sekata. Kemudian barulah boleh dicampurkan kesemua susu perahan tadi ke dalam 1 bekas untuk disimpan dibahagian atas peti sejuk.
Berapa lama POWER PUMPING dilakukan?
Ibu-ibu harus ingat bahawa hasil perahan tidak sama. Malah jika penghasilan susu sedang merundum kemungkinan 1-2 hari pertama, hasil perahan tidak seperti yang diharapkan. Tetapi ibu harus bersabar dan harus terus melakukan sesi POWER PUMPING ini 1-2 minggu berterusan untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Dah buat POWER PUMPING tetapi susu masih tidak banyak?
Tidak dinafikan ada ibu-ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu yang memberangsangkan. Ia berpunca dari beberapa faktor, antaranya:
- pemakanan yang tidak seimbang
- pengambilan air yang tidak mencukupi (ibu menyusu disarankan minum air masak sebanyak 3 liter sehari)
ibu kurang sihat
- badan ibu letih hinggakan waktu mengepam pun tak semangat
- perasaan ibu tidak tenang hingga sewaktu mengepam bercelaru dan berfikir negatif
Ibu-ibu yang mengalami masalah ini dan sudah melakukan POWER PUMPING selama 7 hari berturut-turut tetapi masih belum dapat membanyakkan susu badan cubalah mengamalkan set penyusuan Shaklee. Terdapat beberapa set penyusuan mengikut bajet ibu-ibu..
Sedikit pesanan, ada hari susu banyak dan ada hari susu merundum. Setiap hari penghasilan susu tidak sama, kalau masa susu merundum janganlah panik atau stress. Pam seperti biasa dan buat POWER PUMPING. Minum air masak 2-3 liter sehari. Jika ibu sedang stress susu pun taknak keluar. Ikutlah nasihat saya ini Inshaallah anda akan berjaya dalam usaha untuk banyakkan susu badan demi anak yang di sayangi..
Bagi ibu yang sedang mengamalkan set penyusuan ini tetapi belum merasai kesannya lagi jangan cepat putus asa ye, ada ibu 1-2 hari dah nampak kesannya dan ada ibu 1-2 minggu malah ada yang sebulan mengamalkan baru nampak kesan.. Yang penting mesti rajin pam susu ok..
Berminat untuk mencuba? Hubungi saya dan saya pasti akan membantu. Jika ibu dalam bajet pun jangan risau, beritahu bajet anda.. Saya akan cuba bantu..
Shaklee Indipendent Distributor (912876) Ipoh, Perak
Siti Noor Amisah
Facebook: Nora Nooramisah
Fanpage: Dunia ibu dan anak
sms/ call/ whatsapp/ we chat: 016-5248918
SHARING IS CARING...........



Tiada ulasan:
Catat Ulasan